Saturday, July 18, 2009

seTaHun kiTa bersama..



akhi wa ukhti
Nilai iman itu sebenarnya terlalu tinggi untuk dicapai
Malah, iman itu juga adakalanya yazid
Dan adakalanya yanquz
Namun..
Hakikatnya aku ingin sekali
Memiliki iman yang tak lekang dek panas
Dan tak luntur dek hujan…
Agarku bisa menjadi insan
yang sepenuhnya islah kepada-Nya.
akhi wa ukhti
Godaan itu juga sebenarnya
semakin kuat bila kita keseorangan…
Lantaran itulah…
Aku perlukan teman-teman
Yang sentiasa bersedia membimbingku
Untuk mencari dan menggapai redha-Nya.
akhi wa ukhti
Seperti yang kau tahu
Teman itu adakalanya seperti penawar…
Sumber kekuatan kita
Dan adakalanya,
Teman juga seperti racun…
Melemahkan kekuatan kita.
Tapi
Aku selalu berharap
Mendapat sahabat sejati
Yang tak luntur baik dalam suka atau duka
Yang tak hilang baik tika ku lemah ataupun bertenaga
Dan hari ini…
Aku mula mengerti
Sebenarnya masih ada yang setia
Yang sentiasa menyedarkanku dengan amaran-amaran Allah
yang sentiasa memujukku dengan tarbiah pencipta
yang sentiasa mengingatkanku dengan kehebatan syurga
dan sentiasa mendorongku menjadi dai’e mulia…
Terima kasih akhi wa ukhti
Kerana kaulah sahabatku yang setia
Moga ukhwah kita untuk selamanya…
[ibnuzahari]




sahabatku sekalian..pejam celik pejam celik.. kini da genap setahun kita sama2 menelusuri kehidupan di alam keguruan bersama..detik indah bersama kalian suatu anugerah tak terhingga walau kadang kepahitan datang jua mewarnai hidup ini.. semoga ukhuwah kita terus utuh... salam sayang buat semua...

Sunday, July 12, 2009

junior VS senior

salam alaik..
ada apa dengan

JUNIOR vs SENIOR..

hehe.. xda papa pun..
apatah lagi nak gaduh ngan junior yang baru masuk hari ni..
Mana mungkin hati ini sanggup gaduh ngan mereka..

Kalau ditanya perasaanku ???
Ermmmm
First n foremost rasa gembira la juga coz guru2 pelatih Pengajian Islam dan bertambah ramai..dan ia memungkinkan kami semua yang sudah ada 4 batch di sini untuk bekerjasama demi mewujudkan biah solehah...

Second, rasa x bez pun ada ( sori 2 say)..he3
tak best tu sbb aku dan shbat2 coursemate len dah tak jadi junior dah..huhu

tapi, mana mungkin (again) aku akan meningkat dewasa kalu aku sndiri x mahu menerima yg aku akn jadi senior juga.he3..



so guys,,,bergembiralah dengan kedatangan adik2..

Ku yakin perjuangan kita akan bertambah mudah jika kerjasamanya kuat dgn kedatangan junior kali ini..
tapi jangan lupa, kita takkan hidup senang lenang sahaja..
ea la...nak menghidupkan dan membudayakan Islam ibarat mengenggam bara api...dipegang tangan sakit, dilepas jadi abu..ermmmmm


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
p/s: x sabar nak ber taaruf @ berkenalan ngan adik2..heheh

Monday, July 6, 2009

buat sang sahabat...


sahabat
Aku mencintaimu kerna Rasulullah memerintahkan aku mencintaimu. Ya,tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri.


Sahabatku yang sangat aku cintai..

Sungguh,jalan yang kita lalui ini bukan jalan yang indah dan mudah. Jalan ini matlamatnya cantik dan mengkagumkan.Tapi, sungguh tidak dapat aku janjikan kepadamu jalan ini akan senang kau lalui. Bukankah sejarah membuktikannya, haq yang ingin dibawa tentu sekali akan ditentang.


Sahabat..

Bukankah dalam kita berdiskusi, seringkali kita ingatkan pejuang yang telah lama terkorban dulu? Sheikh Hassan Al Banna,ditembak di pasar. Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq! Syed Qutb,nyawanya tercabut menemui Rabb nya di tiang gantung? Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq. Sheikh Ahmad Yassin dibunuh dengan misil yahudi laknatullah di hadapan masjid di subuh yang hening. Kerna apa? Kerna dia juga membawa yang haq!


Amanah ini untuk kita,sahabatku.Amanah ini untuk orang seperti kalian. Bukanlah aku ingin menggoyahkan semangat wajamu dan bahkan tidak sesekali. Tetapi sahabat,yang pasti ingin aku ingatkan janji Allah terhadap orang yang menolong agamanya, Allah pasti akan membantu urusannya. Aku ingin ingatkanmu kasih sayangNya dan rahmatNya terhadap hamba yang diredhai Nya. Bukankah senang nanti bila Allah tanyakan kepada kita: Apa yang kau gunakan masa mudamu dan aku dan kau serentak menjawab :Ya Tuhanku, Ya Rabb, masa mudaku dan masa tuaku adalah aku letakkan pada jalanMu. Adalah untuk Kau. Hanya untuk hidup dalam redhaMu walau kami ditekan. Untuk hidup dalam cinta kami kepada Mu.


Sahabat...

Peluru, tali gantung, pedang yang tajam, bahkan tekanan yang kuat dari pengalaman kehidupan sememangnya boleh melemahkan sesiapa sahaja. Tapi bukan engkau. Engkau dibina dengan tarbiyah. Dihiasi keindahan akhlak. Dilahirkan sebagai pendukung agama ini. Biar siapa sahaja pun engkau, biar apa sahaja kata orang,kau terus menguatkan langkah menyusur jalan in. Aku yakin,kerna kau sahabatku.


Sahabatku yang dikasihi..Â

Tidak dapat aku janjikan kesenangan dan kemewahan mengikut jalan ini. Tidak dapat aku berikan nama dan pangkat. Tapi akan ku tawarkan yang lebih baik dari segala itu. Akan kuberikan doaku semoga kau teguh dalam jalan ini .Akan ku bersama kau melangkah membawa haq dalam jalan ini. Akan aku luka dan berdarah bersama kau. Kerna kita saudara yang saling mencintai kerna Nya.

Sungguh aku bersama mu.

Tulus,

Sahabatmu tercinta