Kerja baik pulih landasan dijangka siap dua hari lagi: KTMB
2011/02/02
KUALA LUMPUR: Kerja membaik pulih landasan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) yang rosak akibat banjir di sektor selatan dan pantai timur dijangka siap dalam tempoh dua hari.KTMB dalam satu kenyataan hari ini, berkata kerja membaik pulih yang bermula semalam itu bergantung kepada situasi cuaca semasa dan banjir yang berlaku di beberapa lokasi.
Penumpang yang terjejas akibat pembatalan itu boleh membuat penukaran tarikh perjalanan atau menuntut pemulangan penuh harga tiket di kaunter tiket KTMB berhampiran.
Tuntutan semula itu turut meliputi penumpang Ekspres Senandung Wau (KL Sentral-Tumpat-KL Sentral) sekalipun perkhidmatannya dijangka pulih hari ini apabila kerja membaik pulih landasan siap jam 8 malam ini.
"Tuntutan selepas tarikh hari ini boleh dibuat berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu juga berkata, beberapa perkhidmatan yang dijadualkan semula laluan perjalanannya, iaitu:
1. Ekspres Rakyat Butterworth-Singapura-Butterworth
(Perkhidmatan adalah dari Butterworth-KL Sentral-Butterworth saja)
2. Ekspres Sinaran Selatan Singapura-KL Sentral
(Perkhidmatan adalah dari Singapura ke Labis saja)
3. Ekspres Sinaran Timur Singapura-Tumpat-Singapura
(Perkhidmatan adalah dari Tumpat-Gemas-Tumpat saja)
4. Ekspres Senandung Sutera Singapura-KL Sentral-Singapura
(Perkhidmatan adalah dari Singapura-Labis-Singapura saja)
5. Ekspres Senandung Timuran Singapura-Tumpat
(Perkhidmatan adalah dari Singapura ke Labis saja)
6. Ekspres Senandung Timuran Tumpat-Singapura
(Perkhidmatan adalah dari Tumpat ke Triang saja)
7. Perkhidmatan “shuttle” Kuala Lipis-Singapura-Kuala Lipis
(Perkhidmatan adalah dari Kuala Lipis-Gemas-Kuala Lipis saja)
Untuk pertanyaan dan makluman lanjut, orang ramai boleh hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMN di talian 1-300-88-5862. - BERNAMA
so,sahabiah semua,bolehla fikir2kan nak balik macam mana ye. jangan x balik sudah~~