Wednesday, February 2, 2011

~NewS FrOm KTM~

Kerja baik pulih landasan dijangka siap dua hari lagi: KTMB


2011/02/02

KUALA LUMPUR: Kerja membaik pulih landasan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) yang rosak akibat banjir di sektor selatan dan pantai timur dijangka siap dalam tempoh dua hari.

KTMB dalam satu kenyataan hari ini, berkata kerja membaik pulih yang bermula semalam itu bergantung kepada situasi cuaca semasa dan banjir yang berlaku di beberapa lokasi.

Penumpang yang terjejas akibat pembatalan itu boleh membuat penukaran tarikh perjalanan atau menuntut pemulangan penuh harga tiket di kaunter tiket KTMB berhampiran.

Tuntutan semula itu turut meliputi penumpang Ekspres Senandung Wau (KL Sentral-Tumpat-KL Sentral) sekalipun perkhidmatannya dijangka pulih hari ini apabila kerja membaik pulih landasan siap jam 8 malam ini.

"Tuntutan selepas tarikh hari ini boleh dibuat berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan," kata kenyataan itu.

Kenyataan itu juga berkata, beberapa perkhidmatan yang dijadualkan semula laluan perjalanannya, iaitu:
1. Ekspres Rakyat Butterworth-Singapura-Butterworth
(Perkhidmatan adalah dari Butterworth-KL Sentral-Butterworth saja)

2. Ekspres Sinaran Selatan Singapura-KL Sentral
(Perkhidmatan adalah dari Singapura ke Labis saja)

3. Ekspres Sinaran Timur Singapura-Tumpat-Singapura
(Perkhidmatan adalah dari Tumpat-Gemas-Tumpat saja)

4. Ekspres Senandung Sutera Singapura-KL Sentral-Singapura
(Perkhidmatan adalah dari Singapura-Labis-Singapura saja)

5. Ekspres Senandung Timuran Singapura-Tumpat
(Perkhidmatan adalah dari Singapura ke Labis saja)

6. Ekspres Senandung Timuran Tumpat-Singapura
(Perkhidmatan adalah dari Tumpat ke Triang saja)

7. Perkhidmatan “shuttle” Kuala Lipis-Singapura-Kuala Lipis
(Perkhidmatan adalah dari Kuala Lipis-Gemas-Kuala Lipis saja)

Untuk pertanyaan dan makluman lanjut, orang ramai boleh hubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMN di talian 1-300-88-5862. - BERNAMA

so,sahabiah semua,bolehla fikir2kan nak balik macam mana ye. jangan x balik sudah~~

Monday, January 10, 2011

:: PEnGuRuSan BiLik DarjAh ::


date of task : 10012011
type of task : presentation

1st article > syuk's team
2nd article > naqiu's team
3rd article > lida's team
4rd article > qila's team
5th article > judin's team
6th article > deen's team
7th article > atiq's team

thus, be well prepared everyone! date of presentation will be on 24th of january esspecially syafiq's team. ( asbab artikel dlm bhse inggeris,so,nk ngengade cket tls post dlm bi gak; broken english anyway)

Saturday, January 8, 2011

YH Dato' Mazlan Mohamad

(gambar dari iptaa.edu.my)

KUANTAN 5 Jan. – Bekas Pengarah Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan (IPGTAA) Lipis, Datuk Mazlan Mohamad dilantik Pengarah Pelajaran Pahang yang baru berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Pelantikan itu bagi menggantikan Datuk Abdul Aziz Abdul Latiff yang bersara pada 8 Disember lalu selepas menyandang jawatan tersebut selama tiga tahun lapan bulan.

Mazlan, 57, anak kelahiran Kampung Dong, Raub dilantik Pengarah Pelajaran negeri selepas menimba pengalaman selama 25 tahun dalam bidang latihan perguruan.

Sebelum dilantik sebagai pengarah IPGTAA selama dua tahun lima bulan, beliau pernah menyandang beberapa jawatan seperti penolong pengarah, timbalan pengarah dan ketua penolong pengarah di bahagian latihan guru.

Mazlan mendapat pendidikan di Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara dalam bidang seni visual dan pendidikan.

Sehubungan itu, Mazlan melahirkan setinggi ucapan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran yang memberi kepercayaan kepadanya bagi menerajui Jabatan Pelajaran Pahang.

“Saya amat menghargai kepercayaan yang diberikan memandangkan kemajuan pendidikan di negeri ini sentiasa meningkat dari tahun ke tahun.

“Harapan saya adalah untuk memastikan pendedahan latihan kepada guru dipertingkatkan bagi memastikan kelangsungan kecemerlangan kepada murid-murid,” katanya ketika ditemui pada majlis serah tugas di Jabatan Pelajaran negeri, Indera Mahkota di sini semalam.

Tambahnya, pencapaian murid yang berkualiti dalam pendidikan akan terlaksana daripada peranan guru dan diikuti dengan pengurusan yang cemerlang.

“Bagi saya, tiga komponen ini amat penting dalam mengekal dan meningkat kecemerlangan dalam pendidikan iaitu murid, guru dan pengurusan,” jelasnya.

Sumber : http : //www.utusan.com.my/

~hilang di mata, di hati jangan~

Friday, January 7, 2011

:: jadual waktu pismp pai sem 3 jan-mei 2011 ::

wahai..rasa sebentar cuma cuti yang telah dilalui..x sedar tirai 2011 telah berlabuh..walau berat kaki dilangkah, hidup ini perlu diteruskan. (hari first kuliah bermula result exam sem 2 keluar. perghh.. x sempat nak cuak!haha ) arakian, telah tiba perutusan jadual waktu pismp pai sem 3 untuk bulan januari hingga mei 2011. okay. untuk sem ni, kami akan mengambil 6 subjek. apa dia? check it out!

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK - En. Zolpatai Elias [HEP] :: lect HEP turun padang tu...
EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU - En. Mazelan Mohd Arif [JIP] :: ha..4 dis sem, en. Mazelan ajar subjek yang betul.hehe..
PIM 3105 PENDIDIKAN IBADAH SEKOLAH RENDAH - Us. Wan Azlan Wan Azlan [JAPIM]
PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH - Us. Nik Abdullah Nik Cob [JAPIM]
BAM 3102 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA ARAB - Us. Hairulazam Ab. Rahman [JAPIM] :: takut..
PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN - Ust. Ruhayati Ramly & Us. Borhan Aripin [JAPIM] :: wah! 2 orang lecturer lagi tu.. semua lecturer suka ajar kami eh?he~

ha..kawan2..dah dapat lecturer yang best2, kita janganla jadi yang x best pula ye! ^_~

Isnin - P/T, PBD, PBD, EL2, EL2
Selasa - PBD, PAI2, WBS, PAI2, EL1
Rabu - KOKU, KOKU, PAI1, EL2, EL2
Khamis - HE, HE, WBS, PAI1, PAI1
Jumaat - EL1, EL1, WBS, PAI2





Okay semua, belajar rajin2! kalahkan Nurul Afidah Mahdom. haha~~ ;D

Thursday, December 9, 2010

erti kaya..




Bismillahirrahmanirrahim…

Apa erti kaya bagi kamu?


Kadangkala terlalu tersirat sesuatu perkara, jom kita jalan sama-sama menelusuri sebuah puisi sebelum kenal erti kaya..



KAYA?

Ia, DIA lah sebenarnya KEKAYAAN kamu,

Walaupun hakikatnya dia kadang-kala MISKIN,

Dia…

tak selamanya bisa menjadi yang seperti kita inginkan…
Kita pun harus bisa menempatkan diri kita sebagai seorang seperti DIA

Dia tidak mungkin selalu ada di samping kita
Dia tidak selalu ada menemanimu hanya sekedar jalan jalan…


Dia tidak selalu bisa membalas sms mu ketika kamu mengharapkan dia membalas curahan hatimu ataupu sekadar ucapan selamat pagimu

Kadang dia tak bisa menjadi seseorang yang bisa membuatmu tersenyum saat hatimu sedang sedih dan akhirnya kamu menemukan tempat lain untuk mencurahkan hatimu…

Kadang dia tidak bisa hanya menyempatkan untuk membalas tiap smsmu walaupun sudah beberapa kali kamu mengirimkan pesan pendek itu untuknya


Dia juga punya masalah yang bahkan mungkin kamu sendiiri sebagai sahabatnya tak mampu untuk mengetahui ada apa dengannya.


Bahkan kamu sendiri tidak bisa menyelami hatinya yang mungkin pada saat itu sedang gundah gulana
Apa kamu juga tau perasaan hatinya saat itu….

Tidakkah kamu pernah berpikir bahwa sahabat itu bukan cuma menyenangkanmu dan memberi kenyamanan pada hatimu saja


Tapi bagaimana kamu sendiri juga bisa menyenangkan si dia itu,

membuat dia juga merasa dihargai dan merasa nyaman ..

DIAlah KEKAYAAN sebenar buatmu,









Dialah SAHABAT,

Sahabat yang bisa menjadi sahabat bagi sahabatnya, itu yang terbaik

Dan aku tau,

kamu bisa menjadi sahabat bagi sahabatmu, bukan hanya sahabat yang menjadi sahabatmu






Dimana pun kita berada, ke mana pun kita pergi, satu yang terpenting untuk kita temukan, yakni sebuah kekayaan bernama sahabat. Tidak seorang pun yang paling beruntung di dunia ini melainkan ia yang memiliki sahabat. Kerana sahabat ada, untuk mereka yang terluka, untuk mereka yang tengah memikul berat beban, untuk menghapus air mata yang berduka, membantu seseorang berdiri dari keterpurukan dan menyediakan sayapnya untuk terbang bersama.



Akhirnya, sampailah kita pada satu kepastian hakikat, bahwa SAHABAT ADALAH KEKAYAAN sebenarnya. HILANG SATU, MISKINLAH SUDAH. BERTAMBAH SATU, SEMAKIN BERUNTUNGLAH. TERIMA KASIH UNTUK SEMUA SAHABAT, ANDA ADALAH KEKAYAAN SAYA SEBENARNYA






LIQA’ FIKRI mencatat,

10.01 a.m

10 Disember 2010,

Bandaraya Islam.