Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Friday, January 7, 2011

:: jadual waktu pismp pai sem 3 jan-mei 2011 ::

wahai..rasa sebentar cuma cuti yang telah dilalui..x sedar tirai 2011 telah berlabuh..walau berat kaki dilangkah, hidup ini perlu diteruskan. (hari first kuliah bermula result exam sem 2 keluar. perghh.. x sempat nak cuak!haha ) arakian, telah tiba perutusan jadual waktu pismp pai sem 3 untuk bulan januari hingga mei 2011. okay. untuk sem ni, kami akan mengambil 6 subjek. apa dia? check it out!

WAJ 3106 HUBUNGAN ETNIK - En. Zolpatai Elias [HEP] :: lect HEP turun padang tu...
EDU 3104 PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU - En. Mazelan Mohd Arif [JIP] :: ha..4 dis sem, en. Mazelan ajar subjek yang betul.hehe..
PIM 3105 PENDIDIKAN IBADAH SEKOLAH RENDAH - Us. Wan Azlan Wan Azlan [JAPIM]
PIM 3106 PENDIDIKAN SIRAH SEKOLAH RENDAH - Us. Nik Abdullah Nik Cob [JAPIM]
BAM 3102 KAEDAH PENGAJARAN BAHASA ARAB - Us. Hairulazam Ab. Rahman [JAPIM] :: takut..
PQE 3101 TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN - Ust. Ruhayati Ramly & Us. Borhan Aripin [JAPIM] :: wah! 2 orang lecturer lagi tu.. semua lecturer suka ajar kami eh?he~

ha..kawan2..dah dapat lecturer yang best2, kita janganla jadi yang x best pula ye! ^_~

Isnin - P/T, PBD, PBD, EL2, EL2
Selasa - PBD, PAI2, WBS, PAI2, EL1
Rabu - KOKU, KOKU, PAI1, EL2, EL2
Khamis - HE, HE, WBS, PAI1, PAI1
Jumaat - EL1, EL1, WBS, PAI2





Okay semua, belajar rajin2! kalahkan Nurul Afidah Mahdom. haha~~ ;D

Thursday, January 21, 2010

maJLis beRbuKa PuaSa + haRi LahiR

alhamdulillah.. seperti yang dirancang, aktiviti pertama Liqa' Fikri iaitu iftar jama'ie dan majlis hari jadi telah berjaya dilaksanakan walaupun telah menemui beberapa kesulitan. tahniah diucapkan kepada semua crew2 (crew?) yang terlibat.

atiq, pengacara profesional yang terlatih~

majlis bermula pada jam 6.50 petang, 20 minit lewat daripada waktu yang dirancang. kami semua berasa amat bertuah kerana mendapat pengacara majlis profesional iaitu Atiq yang telah kami tempah khas tanpa bayaran. ;) majlis dibuka dengan bacaan al-fatihah dan diiringi dengan bacaan doa oleh Naqiu. summa, Atiq meneruskan majlis dengan membaca ucapan2 yang diberikan oleh sahabat2 kepada birthday boy and girl. ada yang menusuk kalbu, ada yang mengelikan usus tak kurang juga yang entah apa2.

"daripada Tiey kepada capik,judin,fida,anis dan ima. selamat hari lahir. semoga kembara yang dilalui di Ceruk2 Rantau ini, menjadikan anda berlima sebagai Nice Caliph yang sentiasa memegang kalimah Inni Akhafullah setelah Berjalan, Melihat dan Mentafsir selama 20 tahun."

" dengan ini, saya, kak sebi.......ingin mengucapkan selamat ulang tahun kepada fida nice, capik cool, judin anak soleh, anis humaira dan mamamia a.k.a ima....moga panjang umur dan murah rezeki semua!! ima! ingat kat ore sokmo!! ~gagak hitam is the best~
p/s : sedar sikit kita tu dah tua...ehem3. dan terima kasih kepada roommateku yang sanggup membaca ucapanku....roommate, you are the best!! muahahaha~~

" dari naqiu, selamat hari lahir saya ucapkan pada nurul afidah, semoga panjang umur, murah rezeki n cepat2 kahwin. hehe.. "

" kepada kawan2 yang menyambut hari lahir ni. moga2 tahun ini lebih bermakna dan lebih membawa keberkatan berbanding tahun2 sebelum ini..selamat tinggal belasan selamat datang puluhan..tingkatkan pencapaian eratkan hubungan..salam ingatan dari warga kelantan a.k.a daus "

" 'aidul milad ku ucapkan kepada temanku ima semoga ukhuwah kita sentiasa kekal abadi selamanya...tiada kata yang dapat ku lafazkan melainkan jutaan terima kasih kerana sudi menjadi kawan nuru yang sentiasa memahami diri ini. I luove you ima. mmmuuaaahh!!"-nuru-

" assalamualaikum wbt...happy belated birthday ti shafiq, izzudin,fida, anis dan ima...moga berbahagia bersama insan tersayang.. " -lida-

" salam, istimewa diucapkan kepada semua kawan2, terutamanya yang lahir dalam bulan 1...selamat hari lahir dan salam ukhuwah. moga hubungan persahabatan yang terjalin antara kita sentiasa dalam rahmatNya...Allahu akbar! ucapan kedua..salam,kiranya masih belum terlambat, selamat hari lahir diucapkan buat Ahmad Naqiuddin b. Abd Wahid...semoga selalu bahagia dan sentiasa dalam rahmat dan pemeliharaan Allah...thank you tiq! " -fida-

" selamat hari lahir...moga cepat2 kahwin semua...itu je ;-) " -syuk-

" saya ucapkan selamat hari lahir buat roommate. moga diredhai ilahi. pkailah clip rambut tu..dashboard tak ada rambut. hehe.." -ima-


arakian, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah tanda kenang2an daripada usrah Liqa' Fikri kepada birthday boy and girl.

capik cool, 6hb

judin anak soleh, 8hb

fida nice, 12 hb

anis humaira, 15hb

caliph, 20hb

usai penyampaian hadiah, jam mula menghampiri waktu berbuka. air mula dituang, perut makin rancak bergendang lalu......... Allahu Akbar, Allahu Akbar..!! ( masuk dah waktu.. ) doa makan lantas diaminkan. berakhirlah majlis pertama Liqa' Fikri ini.. terima kasih daun keladi, bulan depan bolehlah buat lagi.


juadah utama : kek batik yang terlebih air sebab tak sukat betul2, ayam masak lemak cili api yang menyengat dan sayur kobis air tangan cafe Aida. + nasi hangit berkerak ( sedap je.. )

wajah KU + birthday boy a.k.a Judin anak soleh.

Tiey ralit bersms tak menghiraukan lensa kamera.

penasyid undangan yang tak berkesempatan membuat persembahan, mawar putih~

Thursday, October 15, 2009

..menJeJaKi puTeRi guNung LeDanG..


esok, 16th October 2009, bermulalah kembara 15 orang pengembara yang terdiri daripada 9 wirawan dan 6 wirawati ke negeri Johor darul takzim.
moga2 perjalanan ini dipermudahkan dan diredhai al-Khaliq hendaknya.


"...ya Allah,
kami memohon pertolonganMu dan kepadaMu kami menyerahkan diri.
ya Allah,
mudahkanlah urusan kami, mudahkan perjalanan kami, berilah kami rezeki yang baik dan lebih banyak dari yang kami minta.
hindarkanlah kami dari segala keburukan.
ya tuhanku,
lapangkanlah dada kami dan mudahkanlah segala urusan kami.
ya Allah,
kami pohon pemeliharaanMu dan kami serahkan diri kami kepadaMu, agama kami, keluarga kami, kaum kerabat kami dan seluruh yang Kau nikmatkan kepada kami, sejak dari akhirat dan dunia.
Engkau teman dalam perjalanan kami dan tempat berharap buat kami.
ya Allah,
kami mohon kepadaMu dalam pemergian ini bakti dan taqwa, dan kepada Tuhan kami kembali..."

Friday, August 14, 2009

keMbaRa iLa kEy eL

tengok!masuk paper lagi tuh..hehe..

pada awal semester 2 yang lalu, seramai 8 orang ustaz-2-be & 6 orang ustazah-2-be beserta beberapa orang guru pelatih daripada unit lain telah mengembara ke kotaraya. tujuan utama perjalanan ini adalah untuk menyertai Konvensyen Maulidur Rasul di UPM, Serdang. kembara bermula pada jam 8.00 am dari Kuala Lipis dengan menaiki bas Pahang Lin Siong.

sempat berposing untuk tatapan semua sebelum bertolak

kaki siapalah ini...

selamat tiba di Pekeliling pada jam 10.30 am & kami terus mengambil monorel menuju ke Times Square. seusai menjamu selera & solat jama' taqdim zohor & asar, kami berpecah kepada dua kumpulan. kumpulan pertama mencabar keberanian menempuh permainan2 yang bisa mencabar tekak daripada termuntah. kumpulan kedua pula menghilangkan diri dalam keramaian manusia di jalan Tengku Abdul Rahman (shoppingla maksudnya tu..).

fizan, sebi & noyu bersama kak bintul

sebelum atau selepas termuntah?hehe..

ba'da an, kami bergerak menuju ke kolej kediaman UPM lewat jam 7.00 pm dengan menaiki LRT dan bas khas kolej tersebut. penatnya... rasa lega dapat merehatkan badan sebelum meneruskan kembara keesokan harinya.

inilah tempat kami menginap. nama2 blok kediaman mereka diadaptasi daripada nama2 planet.

hari terakhir kembara, kami memulakan langkah dengan menghadiri konvensyen Maulidur Rasul seperti yang dirancang. lawanya dewan mereka... program bermula dengan menyanyikan lagu kolej ( x bukak mulut pun time tu..), persembahan nasyid daripada juara mereka dan ceramah. seronok!

khusyuknya semua..!!


cun x dewan ni? cun lagi sebi. hehe

bila tengahari menyapa, setelah salam kedua diberi, kami pun beransur pergi. patutnya program sampai petang tapi takut2 terkejar (alasan! walhal nak pergi jalan2 lagi.hehe..). selamat tinggal UPM, selamat kembali ke IPGM ^_^


merenung jauh...UPM yang akan ditinggalkan

moga ukhuwah terus mantap ila akhir hayat!