Thursday, January 21, 2010

maJLis beRbuKa PuaSa + haRi LahiR

alhamdulillah.. seperti yang dirancang, aktiviti pertama Liqa' Fikri iaitu iftar jama'ie dan majlis hari jadi telah berjaya dilaksanakan walaupun telah menemui beberapa kesulitan. tahniah diucapkan kepada semua crew2 (crew?) yang terlibat.

atiq, pengacara profesional yang terlatih~

majlis bermula pada jam 6.50 petang, 20 minit lewat daripada waktu yang dirancang. kami semua berasa amat bertuah kerana mendapat pengacara majlis profesional iaitu Atiq yang telah kami tempah khas tanpa bayaran. ;) majlis dibuka dengan bacaan al-fatihah dan diiringi dengan bacaan doa oleh Naqiu. summa, Atiq meneruskan majlis dengan membaca ucapan2 yang diberikan oleh sahabat2 kepada birthday boy and girl. ada yang menusuk kalbu, ada yang mengelikan usus tak kurang juga yang entah apa2.

"daripada Tiey kepada capik,judin,fida,anis dan ima. selamat hari lahir. semoga kembara yang dilalui di Ceruk2 Rantau ini, menjadikan anda berlima sebagai Nice Caliph yang sentiasa memegang kalimah Inni Akhafullah setelah Berjalan, Melihat dan Mentafsir selama 20 tahun."

" dengan ini, saya, kak sebi.......ingin mengucapkan selamat ulang tahun kepada fida nice, capik cool, judin anak soleh, anis humaira dan mamamia a.k.a ima....moga panjang umur dan murah rezeki semua!! ima! ingat kat ore sokmo!! ~gagak hitam is the best~
p/s : sedar sikit kita tu dah tua...ehem3. dan terima kasih kepada roommateku yang sanggup membaca ucapanku....roommate, you are the best!! muahahaha~~

" dari naqiu, selamat hari lahir saya ucapkan pada nurul afidah, semoga panjang umur, murah rezeki n cepat2 kahwin. hehe.. "

" kepada kawan2 yang menyambut hari lahir ni. moga2 tahun ini lebih bermakna dan lebih membawa keberkatan berbanding tahun2 sebelum ini..selamat tinggal belasan selamat datang puluhan..tingkatkan pencapaian eratkan hubungan..salam ingatan dari warga kelantan a.k.a daus "

" 'aidul milad ku ucapkan kepada temanku ima semoga ukhuwah kita sentiasa kekal abadi selamanya...tiada kata yang dapat ku lafazkan melainkan jutaan terima kasih kerana sudi menjadi kawan nuru yang sentiasa memahami diri ini. I luove you ima. mmmuuaaahh!!"-nuru-

" assalamualaikum wbt...happy belated birthday ti shafiq, izzudin,fida, anis dan ima...moga berbahagia bersama insan tersayang.. " -lida-

" salam, istimewa diucapkan kepada semua kawan2, terutamanya yang lahir dalam bulan 1...selamat hari lahir dan salam ukhuwah. moga hubungan persahabatan yang terjalin antara kita sentiasa dalam rahmatNya...Allahu akbar! ucapan kedua..salam,kiranya masih belum terlambat, selamat hari lahir diucapkan buat Ahmad Naqiuddin b. Abd Wahid...semoga selalu bahagia dan sentiasa dalam rahmat dan pemeliharaan Allah...thank you tiq! " -fida-

" selamat hari lahir...moga cepat2 kahwin semua...itu je ;-) " -syuk-

" saya ucapkan selamat hari lahir buat roommate. moga diredhai ilahi. pkailah clip rambut tu..dashboard tak ada rambut. hehe.." -ima-


arakian, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah tanda kenang2an daripada usrah Liqa' Fikri kepada birthday boy and girl.

capik cool, 6hb

judin anak soleh, 8hb

fida nice, 12 hb

anis humaira, 15hb

caliph, 20hb

usai penyampaian hadiah, jam mula menghampiri waktu berbuka. air mula dituang, perut makin rancak bergendang lalu......... Allahu Akbar, Allahu Akbar..!! ( masuk dah waktu.. ) doa makan lantas diaminkan. berakhirlah majlis pertama Liqa' Fikri ini.. terima kasih daun keladi, bulan depan bolehlah buat lagi.


juadah utama : kek batik yang terlebih air sebab tak sukat betul2, ayam masak lemak cili api yang menyengat dan sayur kobis air tangan cafe Aida. + nasi hangit berkerak ( sedap je.. )

wajah KU + birthday boy a.k.a Judin anak soleh.

Tiey ralit bersms tak menghiraukan lensa kamera.

penasyid undangan yang tak berkesempatan membuat persembahan, mawar putih~

No comments:

Post a Comment