Friday, August 14, 2009

keMbaRa iLa kEy eL

tengok!masuk paper lagi tuh..hehe..

pada awal semester 2 yang lalu, seramai 8 orang ustaz-2-be & 6 orang ustazah-2-be beserta beberapa orang guru pelatih daripada unit lain telah mengembara ke kotaraya. tujuan utama perjalanan ini adalah untuk menyertai Konvensyen Maulidur Rasul di UPM, Serdang. kembara bermula pada jam 8.00 am dari Kuala Lipis dengan menaiki bas Pahang Lin Siong.

sempat berposing untuk tatapan semua sebelum bertolak

kaki siapalah ini...

selamat tiba di Pekeliling pada jam 10.30 am & kami terus mengambil monorel menuju ke Times Square. seusai menjamu selera & solat jama' taqdim zohor & asar, kami berpecah kepada dua kumpulan. kumpulan pertama mencabar keberanian menempuh permainan2 yang bisa mencabar tekak daripada termuntah. kumpulan kedua pula menghilangkan diri dalam keramaian manusia di jalan Tengku Abdul Rahman (shoppingla maksudnya tu..).

fizan, sebi & noyu bersama kak bintul

sebelum atau selepas termuntah?hehe..

ba'da an, kami bergerak menuju ke kolej kediaman UPM lewat jam 7.00 pm dengan menaiki LRT dan bas khas kolej tersebut. penatnya... rasa lega dapat merehatkan badan sebelum meneruskan kembara keesokan harinya.

inilah tempat kami menginap. nama2 blok kediaman mereka diadaptasi daripada nama2 planet.

hari terakhir kembara, kami memulakan langkah dengan menghadiri konvensyen Maulidur Rasul seperti yang dirancang. lawanya dewan mereka... program bermula dengan menyanyikan lagu kolej ( x bukak mulut pun time tu..), persembahan nasyid daripada juara mereka dan ceramah. seronok!

khusyuknya semua..!!


cun x dewan ni? cun lagi sebi. hehe

bila tengahari menyapa, setelah salam kedua diberi, kami pun beransur pergi. patutnya program sampai petang tapi takut2 terkejar (alasan! walhal nak pergi jalan2 lagi.hehe..). selamat tinggal UPM, selamat kembali ke IPGM ^_^


merenung jauh...UPM yang akan ditinggalkan

moga ukhuwah terus mantap ila akhir hayat!

2 comments: