Friday, May 28, 2010

::kan terus utuh::

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

ukhuwah telah terbina mawaddah kan tercipta,

dari gulana kini berkembang bunga-bunga ceria,

dua tahun bakal berlalu tiga tahun menanti usia,

moga liqa’ fikri kan terus bermakna...

Alhamdulillah sahabat-sahabatku, kita bakal melepasi semester satu dalam beberapa helaan nafas sahaja lagi..pelbagai kenangan kita telah lakarkan bersama.. bila direnung kembali adakalanya pasti kita sendiri bisa mengukir sebuah senyuman bukan? walaupun tidak dinafikan kenangan pahit juga tidak dapat kita leraikan dari layar memori ini. pertemuan pertama sewaktu MPBB sehingga saat ini pasti membuahkan sebuah memori yang cukup ini.. bermula dari budak hingusan, budak setahun jagung dan apa jua ungkapan yang kita gelarkan sehingga kita semakin matang dari hari demi hari. Ada yang pendiam bertambah girang , yang tidak matang kini bersuara lantang, yang kurus kini bertambah berat badan..kih3..gurauan semata-mata ea tidak ada kena-mengena dengan yang hidup atau yang mati. Dari perasaan segan silu sehingga kini kita umpama sebuah keluarga yang kian utuh.. walaupun masing-masing sedar keterbatasan kita dengan syariat Islam,alhamdulillah. ‘Ala kulli hal, semoga terus berusaha memperbaiki diri dan semoga LIQA’ FIKRI yang kita bina menjadi medan untuk kita memantapkan diri dan seterusnya menjadi pemangkin mawaddah dan ukhuwah..insya ALLAH ( ^-^)(^-^ )...

~selangkah lagi kita maju dan bakal mara ke ALAM PERGURUAN~


No matter what they see
No matter what they feel
As long as you have got me
As long as You And I See...


Take my hand and take my heart
We can never be apart, now and forever
I won't look back, we'll stay together
Trust in me and we'll fly, don't surrender!


Don't lose hope when you are in need
Have faith in Allah, have faith in Him
So please be tough and please be strong
With all His love you can't go wrong


~INSYA ALLAH KITA AKAN TERUS BERSAMA DALAM APA JUA RINTANGAN~





Saturday, May 15, 2010


Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi..

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa..

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat..

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca..

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara..

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG 1979

Selamat hari Guru kpd seluruh warga IPGTAA..

Wednesday, February 10, 2010

.. Undilah Mereka Untuk Kebajikan Bersama..









PILIHANRAYA KAMPUS
UNTUK PEMILIHAN JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR
SESI 2010/2011


HARI : KHAMIS
TARIKH : 11 FEBRUARI 2010 ( Besday adik )
MASA : 9am-1.30pm ( klu x slap la )
TEMPAT : DEWAN DARUL MAKMUR IPGMKTAA


PISMP PAI SEM 1 TELAH MENGHANTAR
2 CALON JPP KALI INI, IAITU
MOHAD ARIFF MOHD JOHAR
&
AHMAD NAQIUDDIN WAHID@AB WAHID..
UNDILAH MEREKA UNTUK KESEJAHTERAAN AFZAN..


MARILAH SAMA2 KITA MENUNAIKAN TANGGUNGJAWAB INI...
UNDILAH MEREKA YANG BERKELAYAKAN...

Thursday, January 21, 2010

maJLis beRbuKa PuaSa + haRi LahiR

alhamdulillah.. seperti yang dirancang, aktiviti pertama Liqa' Fikri iaitu iftar jama'ie dan majlis hari jadi telah berjaya dilaksanakan walaupun telah menemui beberapa kesulitan. tahniah diucapkan kepada semua crew2 (crew?) yang terlibat.

atiq, pengacara profesional yang terlatih~

majlis bermula pada jam 6.50 petang, 20 minit lewat daripada waktu yang dirancang. kami semua berasa amat bertuah kerana mendapat pengacara majlis profesional iaitu Atiq yang telah kami tempah khas tanpa bayaran. ;) majlis dibuka dengan bacaan al-fatihah dan diiringi dengan bacaan doa oleh Naqiu. summa, Atiq meneruskan majlis dengan membaca ucapan2 yang diberikan oleh sahabat2 kepada birthday boy and girl. ada yang menusuk kalbu, ada yang mengelikan usus tak kurang juga yang entah apa2.

"daripada Tiey kepada capik,judin,fida,anis dan ima. selamat hari lahir. semoga kembara yang dilalui di Ceruk2 Rantau ini, menjadikan anda berlima sebagai Nice Caliph yang sentiasa memegang kalimah Inni Akhafullah setelah Berjalan, Melihat dan Mentafsir selama 20 tahun."

" dengan ini, saya, kak sebi.......ingin mengucapkan selamat ulang tahun kepada fida nice, capik cool, judin anak soleh, anis humaira dan mamamia a.k.a ima....moga panjang umur dan murah rezeki semua!! ima! ingat kat ore sokmo!! ~gagak hitam is the best~
p/s : sedar sikit kita tu dah tua...ehem3. dan terima kasih kepada roommateku yang sanggup membaca ucapanku....roommate, you are the best!! muahahaha~~

" dari naqiu, selamat hari lahir saya ucapkan pada nurul afidah, semoga panjang umur, murah rezeki n cepat2 kahwin. hehe.. "

" kepada kawan2 yang menyambut hari lahir ni. moga2 tahun ini lebih bermakna dan lebih membawa keberkatan berbanding tahun2 sebelum ini..selamat tinggal belasan selamat datang puluhan..tingkatkan pencapaian eratkan hubungan..salam ingatan dari warga kelantan a.k.a daus "

" 'aidul milad ku ucapkan kepada temanku ima semoga ukhuwah kita sentiasa kekal abadi selamanya...tiada kata yang dapat ku lafazkan melainkan jutaan terima kasih kerana sudi menjadi kawan nuru yang sentiasa memahami diri ini. I luove you ima. mmmuuaaahh!!"-nuru-

" assalamualaikum wbt...happy belated birthday ti shafiq, izzudin,fida, anis dan ima...moga berbahagia bersama insan tersayang.. " -lida-

" salam, istimewa diucapkan kepada semua kawan2, terutamanya yang lahir dalam bulan 1...selamat hari lahir dan salam ukhuwah. moga hubungan persahabatan yang terjalin antara kita sentiasa dalam rahmatNya...Allahu akbar! ucapan kedua..salam,kiranya masih belum terlambat, selamat hari lahir diucapkan buat Ahmad Naqiuddin b. Abd Wahid...semoga selalu bahagia dan sentiasa dalam rahmat dan pemeliharaan Allah...thank you tiq! " -fida-

" selamat hari lahir...moga cepat2 kahwin semua...itu je ;-) " -syuk-

" saya ucapkan selamat hari lahir buat roommate. moga diredhai ilahi. pkailah clip rambut tu..dashboard tak ada rambut. hehe.." -ima-


arakian, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah tanda kenang2an daripada usrah Liqa' Fikri kepada birthday boy and girl.

capik cool, 6hb

judin anak soleh, 8hb

fida nice, 12 hb

anis humaira, 15hb

caliph, 20hb

usai penyampaian hadiah, jam mula menghampiri waktu berbuka. air mula dituang, perut makin rancak bergendang lalu......... Allahu Akbar, Allahu Akbar..!! ( masuk dah waktu.. ) doa makan lantas diaminkan. berakhirlah majlis pertama Liqa' Fikri ini.. terima kasih daun keladi, bulan depan bolehlah buat lagi.


juadah utama : kek batik yang terlebih air sebab tak sukat betul2, ayam masak lemak cili api yang menyengat dan sayur kobis air tangan cafe Aida. + nasi hangit berkerak ( sedap je.. )

wajah KU + birthday boy a.k.a Judin anak soleh.

Tiey ralit bersms tak menghiraukan lensa kamera.

penasyid undangan yang tak berkesempatan membuat persembahan, mawar putih~

Sunday, January 17, 2010

.. PeNDaFTaRaN KeLaS aL-JauHaRi ..

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, pada Sabtu lepas, 16 Jan 2010,
sesi pendaftaran Kelas al-Quran al-Jauhari bagi tahun 2010 berjalan dengan lancar..
Ramai dikalangan anak-anak pensyarah IPG TAA yang menyertai kelas ini..
Jutaan penghargaan ditujukan kepada semua pensyarah
yang memberi kepercayaan kepada kami untuk mengajar
anak tuan/puan al-Quran..
Terima kasih juga khas ditujukan kepada semua yang terlibat
secara langsung ataupun tidak..
Sekian, wassalam..

..Sesi Pendaftaran..





.. Sesi Taklimat ..





.. Sebahagian Tenaga Pengajar ..